........................................................................................
Antara 19 Perkara Resolusi Umum Forum Pengguna 2012 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sempena Halfest 2012, telah memutuskan untuk mewujudkan Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) dan Organisasi Tiada Kemanusiaan (OXK) bagi melabel organisasi yang bertindak dirasakan zalim, tidak berprikemanusiaan, mengamalkan diskriminasi, menindas serta tidak mengamalkan budaya hormat menghormati antara kaum dan agama di Malaysia sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
OXP
dan OXK juga boleh bermaksud ‘’ Orang Tidak Prihatin’’ dan ‘’Orang Tanpa
kemanusiaan’’. Label-label ini akan digunakan terhadap mereka yang
mengamalkan sifat dan sikap negatif yang tidak membantu dalam usaha memakmurkan
negara.
Pencalonan
pula datangnya daripada orang ramai dan pengguna yang merasa mereka DIPERGUNA
atau dizalimi atau dinafikan hak mereka sebagai warganegara Malaysia.
Lembaga
Penapis kepada anugerah ini akan membuat saringan sama ada pencalonan ini layak
diterima berdasarkan faktor2 dan bukti yang diterima oleh PPIM.
Organisasi yang dicalonkan juga akan dimaklumakan serta didiberikan peluang
untuk membantah berdasarkan faktor jawab balas mereka. Jika siasatan mendapati
faktor yang diadukan kepada PPIM tidak benar, maka PPIM akan mengeluarkan
pencalonan daripada senarai. Jika sebaliknya berlaku, maka PPIM akan
mencadangkannya pula untuk dipilih bagi penerima Anugerah Kambing dan Senarai
Hitam Pengguna.
Organisasi-organisasi
yang dicalonkan ini akan diwar-warkan kepada umum menerusi blog-blog, pihak
media arus perdana dan juga media alternatif serta senarai umum seperti
ahli parlimen, ITPA, ITPS, kementerian, jabatan dan industri berkaitan.
Seterusnya
tindakan seterusnya adalah untuk menjadikan organisasi ini sebagai ‘’Organisai
Pilihan Terakhir’’ atau organisasi yang termasuk dalam list boikot dan
dimasukan ke dalam ‘’Consumer Blacklist’’.
Tujuan
utama adalah untuk memberi pengajaran kepada organisasi yang tegar serta degil
supaya melihat pengguna sebagai pelanggan yang harus dihormati dan bukan
sebagai ‘’kumpulan yang diperguna’’ semata-mata.
Pencalonan
ini adalah anugerah tahunan dan segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke
semasa di blog rasmi http://orgx.blogspot.com.
Sehubungan dengan itu, pengguna yang
mempunyai masalah dengan mana-mana organisasi boleh membuat pencalonan melalui
emel consumerforce999@gmail.com
atau muslimconsumers@gmail.com.
..................................................................
1) BANK RAKYAT OXP
Aduan : Untung beratus juta tetapi sumbangan hanya seribu ringgit.
................................................................
2) HONG LEONG CREDIT CARD DEPARTMENT OXP
Aduan : Bekerjasama dengan vendor yang dilaporkan sebagai penipu.
......................................................................
3) TICKET CHARGE OXK

No 42A-1, First Floor, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park,
Off Jalan Yew, 55100 Kuala Lumpur www.ticketcharge.com.my/
Aduan : Dilaporkan menyediakan nasi bercampur babi kepada pekerja-pekerja Islam.
.................................................................
4) GIANT SUPERMARKET OXP

Aduan : Mengarahkan pekerja Islam menjaga kaunter jual babi.
.....................................................................
5) MALAYSIAN BUILDING SOCIETY BHD OXP

Aduan : Mendakwa bercirikan Islam namun mengenakan interest kepada pelanggan.
..............................................................
6) MEASAT BROADCAST NETWORK SDN. BHD. OXP

Aduan : Tuntutan bayaran penuh namun servis diberi sangat tidak memuaskan.
.................................................................
7) STARBUCK OXK

ADUAN : Membiayai aktiviti pro zionis.
..................................................................
8) THE STORE OXP
ADUAN : Arak menjadi promosi Ramadhan
..................................................................