Thursday, October 11, 2012

RASIONAL LABEL OXP DAN OXK



 ........................................................................................

Antara 19 Perkara Resolusi Umum Forum Pengguna 2012 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sempena Halfest 2012,  telah memutuskan untuk mewujudkan Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) dan Organisasi Tiada Kemanusiaan (OXK) bagi melabel organisasi yang bertindak dirasakan zalim, tidak berprikemanusiaan, mengamalkan diskriminasi, menindas serta tidak mengamalkan budaya hormat menghormati antara kaum dan agama di Malaysia sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

OXP dan OXK juga boleh bermaksud ‘’ Orang Tidak Prihatin’’ dan ‘’Orang Tanpa kemanusiaan’’. Label-label ini  akan digunakan terhadap mereka yang mengamalkan sifat dan sikap negatif yang tidak membantu dalam usaha memakmurkan negara.

Pencalonan pula datangnya daripada orang ramai dan pengguna yang merasa mereka DIPERGUNA atau dizalimi atau dinafikan hak mereka sebagai warganegara Malaysia.
Lembaga Penapis kepada anugerah ini akan membuat saringan sama ada pencalonan ini layak diterima berdasarkan faktor2 dan bukti yang diterima oleh PPIM.  Organisasi yang dicalonkan juga akan dimaklumakan serta didiberikan peluang untuk membantah berdasarkan faktor jawab balas mereka. Jika siasatan mendapati faktor yang diadukan kepada PPIM tidak benar, maka PPIM akan mengeluarkan pencalonan daripada senarai. Jika sebaliknya berlaku, maka PPIM akan mencadangkannya pula untuk dipilih bagi penerima Anugerah Kambing dan Senarai Hitam Pengguna.  

Organisasi-organisasi yang dicalonkan ini akan diwar-warkan kepada umum menerusi blog-blog, pihak media arus  perdana dan juga media alternatif serta senarai umum seperti ahli parlimen, ITPA, ITPS, kementerian, jabatan dan industri berkaitan.
Seterusnya tindakan seterusnya adalah untuk menjadikan organisasi ini sebagai ‘’Organisai Pilihan Terakhir’’ atau organisasi yang termasuk dalam list boikot dan dimasukan ke dalam ‘’Consumer Blacklist’’.
Tujuan utama adalah untuk memberi pengajaran kepada organisasi yang tegar serta degil supaya melihat pengguna sebagai pelanggan yang harus dihormati dan bukan sebagai ‘’kumpulan yang diperguna’’ semata-mata.

Pencalonan ini adalah anugerah tahunan dan segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa di blog rasmi http://orgx.blogspot.com.

Sehubungan dengan itu, pengguna yang mempunyai masalah dengan mana-mana organisasi boleh membuat pencalonan melalui emel consumerforce999@gmail.com atau muslimconsumers@gmail.com.

..................................................................

1)  BANK RAKYAT OXP

Aduan : Untung beratus juta tetapi sumbangan hanya seribu ringgit.

................................................................

2)  HONG LEONG CREDIT CARD DEPARTMENT OXP

Aduan : Bekerjasama dengan vendor yang dilaporkan sebagai penipu. 

......................................................................

3)  TICKET CHARGE OXK

No 42A-1, First Floor, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park,
Off Jalan Yew, 55100 Kuala Lumpur  www.ticketcharge.com.my/

Aduan : Dilaporkan menyediakan nasi bercampur babi kepada pekerja-pekerja Islam.



.................................................................

 4)  GIANT SUPERMARKET OXP



 Aduan : Mengarahkan pekerja Islam menjaga kaunter jual babi.

.....................................................................

5)  MALAYSIAN BUILDING SOCIETY BHD OXP




 
Aduan : Mendakwa bercirikan Islam namun mengenakan interest kepada pelanggan. 

..............................................................

6)  MEASAT BROADCAST NETWORK SDN. BHD. OXP

Aduan : Tuntutan bayaran penuh namun servis diberi sangat tidak memuaskan.

.................................................................
7) STARBUCK  OXK



ADUAN : Membiayai aktiviti pro zionis. 

..................................................................

8) THE STORE OXP



ADUAN : Arak menjadi promosi Ramadhan

 ..................................................................