Tuesday, November 12, 2013

LINGUAPHONE

Antara Isu yang dapat kami kumpulkan ;


Linguaphone mensasarkan pelajar IPTA/IPTS untuk membeli produk bantu belajar bahasa Inggeris dengan memaksa pelajar secara psikologi. Saya bekas pelajar Politeknik Ungku Omar telah terjebak dalam kontrak produk ini.
Linguaphone Malaysia
Perkara ini berlaku pada tahun 2009. Mereka membuka booth dan menunggu pelajar habis kelas untuk menperkenal produk mereka. Ketika itu saya bersama 2 lagi rakan telah dipaksa untuk duduk dan dengar butiran produk tersebut. Saya dan seorang rakan diberi kepada seorang petugas lelaki, manakala seorang lagi rakan dengan petugas wanita.
Saya dan rakan berkeras tidak mahu membeli kerana kami tidak mempunyai wang. Kami dipaksa untuk membayar pendahuluan sebanyak RM110, dimana jumlah keseluruhan produk itu adalah RM2999. Kami meminta untuk menghubungi ibu bapa untuk bertanyakan pendapat mereka namun diherdik oleh petugas terbabit dengan mengatakan ‘ibu bapa tak kan tak bagi anak beli benda untuk belajar macam ni, kalau macam tu tak guna jadi mak ayah la’ menyebabkan kami berasa sangat tertekan.
Kami cuba lari namun dengan tiba tiba petugas wanita tadi memberitahu bahawa rakan saya yg bersamanya telah membayar deposit untuk kami berdua. Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa apa, dan terpaksa menandatangani kontrak tersebut. Selepas membawa pulang alat tersebut, sangat mendukacitakan apabila alat tersebut langsung tidak berfungsi. Kami berasa tertipu dan membuat aduan kepada pensyarah.
Pensyarah kami meminta untuk deposit kami dipulangkan dan kami memberi semula barang itu, namun kami dimarahi dan petugas mengeluarkan kata  kata kesat terhadap kami dan sejak dari itu, mereka kerap telefon dan memaksa kami membuat bayaran setiap bulan sebanyak Rm150. Kami tidak mengendahkannya kerana alat tersebut tidak berfungsi dan ini menyusahkan kami yang terpaksa menanggung hutang semasa baru berumur 18 tahun ketika itu.
Selepas beberapa bulan, mereka menelefon dan meminta kami pulangkan alat tersebut ke main office mereka jika mahu membatalkan kontrak, tetapi wang deposit tidak akan dikembalikan. Kerana tidak mahu disenarai hitam, saya dan rakan menghantar barang tersebut menggunakan pos laju pada penghujung 2009. Selepas itu pihak Linguaphone senyap begitu sahaja dan tiada panggilan telefon mahupun surat seperti dahulu. Saya fikir barang tersebut telah sampai dan kontrak telah ditamatkan sepertimana yang mereka janjikan.
Walaubagaimanapun, pagi ini saya dihubungi pihak mereka dengan menggunakan nombor 012 9882360/ 0125012362 dan 0122367743 yang mengaku mereka dari Linguaphone. Mereka mengatakan saya tidak memulangkan barang tersebut dan akaun saya telah tertunggak. Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Sekarang telah masuk penghujung 2011, tetapi baru sekarang mereka menghubungi saya dan mengatakan barang tidak sampai. Saya mengatakan barang tersebut telah dipos sejak 2009 dan mengapa baru sekarang mereka telefon. Petugas tersebut memberitahu saya sepatutnya menghantar terus ke pejabat utama mereka di Kuala Lumpur sedangkan pada 2009 mereka menyuruh saya menggunakan pos laju sahaja.
Mereka seakan akan mempergunakan kuasa mereka untuk menjerat saya dalam perkara ini sedangkan barang telah 2 tahun saya serahkan. Mereka memaksa saya menyemak di pejabat pos untuk mengesan barang tersebut. Saya menghantar barang itu di Ipoh, dan mereka mendesak saya untuk segera berurusan dengan pejabat pos di sana. Ini menyusahkan saya kerana saya berada di Pulau Pinang dan telah tamat belajar di sana.
Mereka juga mengugut untuk ‘blacklist’ akaun saya di bank sekiranya barang tersebut masih mereka belum terima. Saya bingung kerana barang tersebut saya telah hantar dan bukti slip pos telah hilang kerana perkara ini telah lama berlaku. Mereka memaki hamun saya didalam telefon bila saya mengatakan mereka memaksa saya membeli, sekarang memaksa saya lagi. Saya berang dengan tindakan tersebut dan mahu pihak mereka diambil tindakan sewajarnya kerana saya pasti bukan saya sahaja yang mengalami nasib ini, pasti ramai lagi diluar sana menghadapi masalah yang serupa. Saya berharap pihak aduanrakyat menyemak aduan lain yang banyak mengenai Linguaphone ini kerana ia seperti tiada kesudahan malah semakin ramai yang terkena.



Sunday, June 2, 2013

OXP : LEBIH 85 NGO BOIKOT PRODUK PENYOKONG DEMONSTRASI HARAM


alt

KUALA LUMPUR 28 Mei - Lebih 85 badan bukan kerajaan (NGO) akan terus menggerakkan usaha memboikot barangan produk keluaran syarikat yang menyokong demonstrasi haram jalanan.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, usaha memboikot itu bertujuan memberi kesedaran kepada pengusaha syarikat yang dilihat tidak mempunyai semangat kenegaraan sehingga sanggup menggadai kemakmuran negara.

"Kita cuma mengharapkan 30 peratus (boikot) saja kerana ini akan menyebabkan mereka tiada keuntungan, katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama aktivis Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Mohd Mustaffa Hamzah dan Pertubuhan Permuafakatan Wangsa Malaysia Ayahanda Kelana Putra.

Jelas Nadzim, boikot yang dijalankan tidak eksklusif terhadap masyarakat Cina tetapi kepada semua yang terlibat dan menyokong dalam perhimpunan haram.

"Bukan boikot produk (kaum) Cina, tidak ada satu sebab pun, kita hanya nak sampaikan isyarat kepada syarikat yang kita anggap tidak mempunyai semangat kenegaraan, tidak patriotik kerana dengan sesuka hati melakukan berbagai usaha untuk menjejaskan kemakmuran negara." katanya.

Dalam pada itu Nadzim turut mengambil contoh seorang tokoh antarabangsa, Mahatma Gandhi yang berjaya menumbangkan empayar Britshh yang kuat sehingga mencapai kemerdekaan dengan hanya memboikot.



Monday, January 21, 2013

Pencalonan OXP 7 Eleven

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat aduan berkenaan keprihatinan pengusaha kedai runcit/serbaneka seperti 99 speedmart, 7-eleven dan sebagainya supaya mengambilberat hal-hal pengurusan penjualan beer.
Ini kerana saya telah melihat kejadian di mana seorang pemuda Melayu Islam sedang menyusun botol2 beer di rak kedai, sambil diperhatikan oleh supervisor perempuan Melayu Islam. Kejadian ini saya saksikan di 99 Speedmart Putra Heights, Subang Jaya.

Mungkin ilmu & kesedaran hal pengurusan penjualan arak & beer ini masih kurang di kalangan budak-budak muda. Namun saya rasa sesuatu perlu dilakukan.

Saya sedih dan kasihan dengan pemuda tersebut, yang datang bekerja pasti untuk mencari rezeki yang halal, namun tanpa sedar rezeki itu menjadi haram gara2 menyusun botol2 arak & beer di rak untuk dijual.

Saya pasti Persatuan Pengguna Islam, JAKIM, JAIS dan semua yang berkaitan adalah channel yang utama dan terbaik untuk kita memulakan sesuatu. Tolong selamatkan pemuda-pemudi kita ini. Ini tanggungjawab kita bersama. Jika perkara sekecil pengurusan sebegini pun kita terlepas pandang, inikan pula perkara2 besar seperti gejala maksiat berleluasa dapat kita tangani.
Harapan saya besar, tolonglah lakukan sesuatu.
Terima kasih,

Siti Asiah Abdullah

Pencalonan Pilihan OXP : Pembongkaran Tentang Hai-O

  • From: Jxxxxxxxxx
  • Subject: [sim] INFO : Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar
  • Sent: Mar 8, 2011 8:19 AM
  • Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
  • Facebooking : e_belang@yahoo.com
  • Lawatilah kediaman saya di http://pakmod.com dan rakan-rakan di http://groups.yahoo.com/group/pakbelang.
  • * PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING
  • Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??
  • Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.
  • Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini.
  • Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri. Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009
  • 1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
  • 2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
  • 3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
  • 4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
  • 5. Tan Keng Song - Group Executive Director
  • 6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
  • 7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
  • 8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
  • 9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
  • 10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
  • 11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
  • 12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
  • 13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
  • 14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
  • 15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
  • 16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
  • 17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
  • 18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
  • 19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
  • 20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
  • 21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
  • 22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
  • 23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
  • 24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
  • 25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
  • 26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
  • 27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
  • 28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
  • 29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
  • 30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
  • 31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
  • 32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
  • 33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
  • 34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
  • 35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
  • 36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
  • 37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
  • 38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
  • 39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
  • 40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
  • 41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
  • 42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
  • 43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
  • 44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
  • 45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
  • 46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
  • 47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
  • 48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
  • 49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O)
Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.


Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi
Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.
1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).
2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.
3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).
4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.
5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;
Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00
6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.
7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:
Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)
Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)
MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00

(lihat * agihan hasil tipuan)

8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?
Siapa Tipu Siapa
Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.
Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.
Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.
Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.
Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.
Dipetik dari Zaharudin,net Facebook
sekadar sebagai peringatan. tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia............
KOMEN 2

Assalamuaalaikum.semua yg berniaga MLM mesti ambil untung berganda2 sbb nak bayar bonus dan bermacam2 lgi.sebenarnya product yg dijual kat malaysia melalui MLM  kalau di Taiwan dgn China boleh dapat dimana2 je.just tukar je brand n import masuk malaysia.saya dapat maklumat ni sbb hampir setiap bulan sya ke sana.

Friday, January 4, 2013

OXP - ASTRO

Salam.

Dua bulan ini sejak cuti sekolah pihak ASTRO banyak mainkan cerita ulangan berselang-seli dan banyak gangguan siaran disebabkan hujan. 

Tapisan filem oleh ASTRO juga tidak menepati panduan yang AGAMA ISLAM terapkan.Sudah sepatutnya pihak ASTRO turunkan sewa bulanan kepada pelanggan biasa memandangkan majoriti pelanggan ini adalah golongan biasa yang cuma menonton televisyen untuk dapatkan berita dan sedikit hiburan. 

Pihak SKMM sepatutnya lebih peka dengan perkembangan terkini bukannya tunggu komplen pelanggan.....buat kerja sikit dan berintegriti lah seperti Pak Najib laungkan

Zakaria 
Taman Koperasi Polis