Tuesday, November 12, 2013

LINGUAPHONE

Antara Isu yang dapat kami kumpulkan ;


Linguaphone mensasarkan pelajar IPTA/IPTS untuk membeli produk bantu belajar bahasa Inggeris dengan memaksa pelajar secara psikologi. Saya bekas pelajar Politeknik Ungku Omar telah terjebak dalam kontrak produk ini.
Linguaphone Malaysia
Perkara ini berlaku pada tahun 2009. Mereka membuka booth dan menunggu pelajar habis kelas untuk menperkenal produk mereka. Ketika itu saya bersama 2 lagi rakan telah dipaksa untuk duduk dan dengar butiran produk tersebut. Saya dan seorang rakan diberi kepada seorang petugas lelaki, manakala seorang lagi rakan dengan petugas wanita.
Saya dan rakan berkeras tidak mahu membeli kerana kami tidak mempunyai wang. Kami dipaksa untuk membayar pendahuluan sebanyak RM110, dimana jumlah keseluruhan produk itu adalah RM2999. Kami meminta untuk menghubungi ibu bapa untuk bertanyakan pendapat mereka namun diherdik oleh petugas terbabit dengan mengatakan ‘ibu bapa tak kan tak bagi anak beli benda untuk belajar macam ni, kalau macam tu tak guna jadi mak ayah la’ menyebabkan kami berasa sangat tertekan.
Kami cuba lari namun dengan tiba tiba petugas wanita tadi memberitahu bahawa rakan saya yg bersamanya telah membayar deposit untuk kami berdua. Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa apa, dan terpaksa menandatangani kontrak tersebut. Selepas membawa pulang alat tersebut, sangat mendukacitakan apabila alat tersebut langsung tidak berfungsi. Kami berasa tertipu dan membuat aduan kepada pensyarah.
Pensyarah kami meminta untuk deposit kami dipulangkan dan kami memberi semula barang itu, namun kami dimarahi dan petugas mengeluarkan kata  kata kesat terhadap kami dan sejak dari itu, mereka kerap telefon dan memaksa kami membuat bayaran setiap bulan sebanyak Rm150. Kami tidak mengendahkannya kerana alat tersebut tidak berfungsi dan ini menyusahkan kami yang terpaksa menanggung hutang semasa baru berumur 18 tahun ketika itu.
Selepas beberapa bulan, mereka menelefon dan meminta kami pulangkan alat tersebut ke main office mereka jika mahu membatalkan kontrak, tetapi wang deposit tidak akan dikembalikan. Kerana tidak mahu disenarai hitam, saya dan rakan menghantar barang tersebut menggunakan pos laju pada penghujung 2009. Selepas itu pihak Linguaphone senyap begitu sahaja dan tiada panggilan telefon mahupun surat seperti dahulu. Saya fikir barang tersebut telah sampai dan kontrak telah ditamatkan sepertimana yang mereka janjikan.
Walaubagaimanapun, pagi ini saya dihubungi pihak mereka dengan menggunakan nombor 012 9882360/ 0125012362 dan 0122367743 yang mengaku mereka dari Linguaphone. Mereka mengatakan saya tidak memulangkan barang tersebut dan akaun saya telah tertunggak. Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Sekarang telah masuk penghujung 2011, tetapi baru sekarang mereka menghubungi saya dan mengatakan barang tidak sampai. Saya mengatakan barang tersebut telah dipos sejak 2009 dan mengapa baru sekarang mereka telefon. Petugas tersebut memberitahu saya sepatutnya menghantar terus ke pejabat utama mereka di Kuala Lumpur sedangkan pada 2009 mereka menyuruh saya menggunakan pos laju sahaja.
Mereka seakan akan mempergunakan kuasa mereka untuk menjerat saya dalam perkara ini sedangkan barang telah 2 tahun saya serahkan. Mereka memaksa saya menyemak di pejabat pos untuk mengesan barang tersebut. Saya menghantar barang itu di Ipoh, dan mereka mendesak saya untuk segera berurusan dengan pejabat pos di sana. Ini menyusahkan saya kerana saya berada di Pulau Pinang dan telah tamat belajar di sana.
Mereka juga mengugut untuk ‘blacklist’ akaun saya di bank sekiranya barang tersebut masih mereka belum terima. Saya bingung kerana barang tersebut saya telah hantar dan bukti slip pos telah hilang kerana perkara ini telah lama berlaku. Mereka memaki hamun saya didalam telefon bila saya mengatakan mereka memaksa saya membeli, sekarang memaksa saya lagi. Saya berang dengan tindakan tersebut dan mahu pihak mereka diambil tindakan sewajarnya kerana saya pasti bukan saya sahaja yang mengalami nasib ini, pasti ramai lagi diluar sana menghadapi masalah yang serupa. Saya berharap pihak aduanrakyat menyemak aduan lain yang banyak mengenai Linguaphone ini kerana ia seperti tiada kesudahan malah semakin ramai yang terkena.