
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, usaha memboikot itu bertujuan memberi kesedaran kepada pengusaha syarikat yang dilihat tidak mempunyai semangat kenegaraan sehingga sanggup menggadai kemakmuran negara.
"Kita cuma mengharapkan 30 peratus (boikot) saja kerana ini akan menyebabkan mereka tiada keuntungan, katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
Hadir sama aktivis Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Mohd Mustaffa Hamzah dan Pertubuhan Permuafakatan Wangsa Malaysia Ayahanda Kelana Putra.
Jelas Nadzim, boikot yang dijalankan tidak eksklusif terhadap masyarakat Cina tetapi kepada semua yang terlibat dan menyokong dalam perhimpunan haram.
"Bukan boikot produk (kaum) Cina, tidak ada satu sebab pun, kita hanya nak sampaikan isyarat kepada syarikat yang kita anggap tidak mempunyai semangat kenegaraan, tidak patriotik kerana dengan sesuka hati melakukan berbagai usaha untuk menjejaskan kemakmuran negara." katanya.
Dalam pada itu Nadzim turut mengambil contoh seorang tokoh antarabangsa, Mahatma Gandhi yang berjaya menumbangkan empayar Britshh yang kuat sehingga mencapai kemerdekaan dengan hanya memboikot.