Monday, January 21, 2013

Pencalonan OXP 7 Eleven

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat aduan berkenaan keprihatinan pengusaha kedai runcit/serbaneka seperti 99 speedmart, 7-eleven dan sebagainya supaya mengambilberat hal-hal pengurusan penjualan beer.
Ini kerana saya telah melihat kejadian di mana seorang pemuda Melayu Islam sedang menyusun botol2 beer di rak kedai, sambil diperhatikan oleh supervisor perempuan Melayu Islam. Kejadian ini saya saksikan di 99 Speedmart Putra Heights, Subang Jaya.

Mungkin ilmu & kesedaran hal pengurusan penjualan arak & beer ini masih kurang di kalangan budak-budak muda. Namun saya rasa sesuatu perlu dilakukan.

Saya sedih dan kasihan dengan pemuda tersebut, yang datang bekerja pasti untuk mencari rezeki yang halal, namun tanpa sedar rezeki itu menjadi haram gara2 menyusun botol2 arak & beer di rak untuk dijual.

Saya pasti Persatuan Pengguna Islam, JAKIM, JAIS dan semua yang berkaitan adalah channel yang utama dan terbaik untuk kita memulakan sesuatu. Tolong selamatkan pemuda-pemudi kita ini. Ini tanggungjawab kita bersama. Jika perkara sekecil pengurusan sebegini pun kita terlepas pandang, inikan pula perkara2 besar seperti gejala maksiat berleluasa dapat kita tangani.
Harapan saya besar, tolonglah lakukan sesuatu.
Terima kasih,

Siti Asiah Abdullah

No comments:

Post a Comment